Terhasilnya nama kampung ini....
Kampong mangkuk merupakan sebuah kampong tradisi. Kemunculan kampong ini adalah secara tradisi di mana penduduk asalnya adalah penghijrah yang berasal dari kampong kampong yang lain. Mereka berpindah dan berhenti dimana mereka memperolehi rezeki dengan lebih senang.
Kononya pada suatu ketika seorang pengembara yang menggunakan sebuah perahu jalur menyusuri Sungai Setiu. Pada waktu itu jalanutama bagi pengembara untuk berpindah dari satu tempat hanya ada 2 jalan iaitu jalan darat dan jalan air. Jalan darat hanya boleh digunakan dengan berjalan kaki manakala jalan air menggunakan perahu. Perahu jalur ialah kenderaan utama yang biasa digunakan apabila menggunakan jalan air iaitu sungai.
Sekiranya banyak barang atau bekalan air digunakan dan dibawa maka sungai merupakan jalan yang biasa digunakan. Perahu jalur biasanya digunakan untuk membawa bekalan yang mencukupi dan digunakan sementara menunggu untuk mendapatkan bekalan makanan yang baru.
Berita mengenai keganasan buaya di Sungai Setiu sudah tidak asing lagi diperkatakan oleh penduduk setempat dan ini tidak menjadi halangan bagi penduduk menharungi bahaya bagi menggunakan jalan sungai. Walau bagaimana pun ia tidak dapat membendung fikiran si pengguna sungai dari perasaan gelisah.
Setelah beberapa lama mendayung, tekak si pengembara mulai menjadi kering. Jarang sekali pengguna perahu jalur membawa bekalan air kerana air tawar mudah sahaja diperolehi daripada sungai. Oleh kerana itu pengembara cuba untuk mengambil penceduk tetapi sayangnya penceduk tiada.
Terfikir si pengembara untuk mengunakan kedua tanganya untuk mengambil air akan tetapi perasaan cemas mengenai keganasan buaya kembali ke fikiranya. Biasanya buaya akan menyerang saat seseorang itu leka dan ada juga kisah mengenai buaya menyambar orang diatas perahu tanpa disadari oleh rakan perahu itu sendiri.
Dalam melayari perasaan cemas dan takut itu, fikiran pengembara menjadi buntu. Akan tetapi nasib menyelebahi beliau dimana tidak jauh dari perahu beliau terdapat sebuah mangkuk yang terapung apung diatas permukaan air. Perasaan takut dan cemas itu mula diganti dengan kegembiraan dan kesyukuran. Beliau mendayung terus kepada mangkuk itu. Ajaibnya mangkuk itu tetap tidak berganjak dan seolah olah sentiasa berada dihadapanya walaupun setelah dikayuh perahu itu kehadapan.
Si pengembara itu tidak berputus asa, harapan beliau teguh untuk mendapatkan mangkuk itu tidak kira apa halanganya agar beliau dapat menghilangkan dahaga. Beliau terus mengekori mangkuk itu namun mangkuk itu tetap bergerak. Apabila sampai kesebuah alur yang kecil, mangkuk itu mula berubah arah mengikuti arus air. Setelah mengekori mangkuk itu, sang pengembara mula hairan kerana mangkuk itu telah ghaib dipandangan. Syukur ke hadrat ilahi apabila hikmah disebalik kejadian itu iaitu beliau selamat sampai ke alur yang cetek dan sempit menandakan beliau selamat dari bahaya buaya. Kemudian beliau menghilangkan dahaga dengan sepuas puasnya.
Pegembara sangat gembira maka beliau pergi kedarat. Dilihat persekitaran yang menarik dan laut dan tenang, beliau mengambil keputusan untuk tinggal disitu. Maka beliau pulang ke kampong asalnya dan membawa keluarganya tinggal di kampong yang baru itu. Apabila isterinya menanyakan apakah nama kampong itu maka beliau terdiam kerana tempat itu masih tidak bernama.
Ringkas cerita sempena dengan penemuan mangkuk ajaib itu akhirnya tempat itu diberi nama kampong mangkuk.