WWF melepaskan 80 anak tuntung di Kg Mangkuk
Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Wanita Setiu (Pewanis) telah melepaskan 80 ekor anak tuntung ke Sungai Kampung Mangkuk, Setiu, sebagai usaha pemuliharaan spesis haiwan sungai itu.
Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Puan Rahayu Zulkifli berkata program itu juga bertujuan meningkatkan populasi spesis tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura itu, yang kini dikategorikan sebagai sangat terancam.
Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Puan Rahayu Zulkifli berkata program itu juga bertujuan meningkatkan populasi spesis tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura itu, yang kini dikategorikan sebagai sangat terancam.
Program memasak bubur asyura
Kedatangan Maal Hijrah pasti tidak lengkap dengan bubur asyura. Mengambil kesempatan ini, pihak JKK Kg. Mangkuk telah mengambil anisiatif memasak bubur asyura bagi meraikan hari kemenangan bagi umat islam seluruh dunia. Berikut adalah sedikit paparan usaha penduduk meraikan hari besar bagi umat islam.
Gotong royong membersihkan kubur
Sebagai umat islam, fardu kifayah amatlah dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Ini adalah seruan Nabi junjungan dalam membina masyarakat yang hebat berlandaskan ajaran benar iaitu islam. Bagi menyahut seruan kebaikan ini, pihak kampung Mangkuk telah menganjurkan aktiviti gotong royong membersihkan kubur di kawasan terbabit. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah membersihkan sampah sarap iaitu daun daun gugur dan juga membetulkan batu nisan yang senget dan rosak. Tahniah kepada masyarakat kg. Mangkuk, ini menunjukan ukhuwah diantara kita masih utuh. InsyaAllah ayuh kita teruskan hubungan mesra ini!
Program Kemasyarakatan daripada pihak GEMS
Pihak GEMS yang bertempat di Merang Suria Resort telah mengadakan aktiviti masyarakat di sini. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak mereka bagi membantu menaik tarafkan lagi kampung ini. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan GEMS dan juga peserta terlibat. Semoga bantuan yang diberikan mampu dimanfaatkan oleh penduduk kampung dengan sebaiknya. Terima kasih sekali lagi.